Assalamualaikum warga blogger dan
pembaca-pembaca sekalian..entry tini kali ni akan lebih kepada agama
Islam..jadinya, cara olahan bahasa tu dihalus mulus quduskan sedikit daripada
sebelum ni yang mana agak sempoi mempoi je kan..biarlah entry tini kali ni
dapat menyentuh hati pembaca agar sama-sama kita dapat muhasabah dan
mentarbiyahkan diri sesama kita ye..segala apa yang tini tulis ni adalah untuk
diri tini jugak sebabnya tini masih lagi jahil tentang agama dan perlu banyak
lagi untuk belajar..jadinya, sama-samalah kita ingat mengingati..kita buat,
kita dapat..in shaa Allah..
SOLAT
ITU TIANG AGAMA..
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..
Sememangnya kita sebagai orang Islam ni dah lama tau dah yang solat tu lah paling wajib kita lakukan setiap hari..solat tu jugaklah perkara pertama yang akan disoal di akhirat nanti..tapinya, kalau sahabat-sahabat nak tau, kat Malaysia ni, hanya 20% je umat Islam yang solat penuh 5 waktu sehari semalam..80% lagi kejap penuh, kejap tidak..mungkin ramai yang sedar diri masing-masing tak jaga solat dan berusaha untuk penuhkan solat tu tapi selalu gagal disebabkan terlalu banyak perkara yang dijadikan alasan untuk tak solat..
Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan allah, pengakuan bahawa nabi muhammad itu rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.”(Hadis sahih Muslim)
Surah Al-Baqarah ayat 43, 44 dan 45 |
Tini dapat petik satu cerita masa tini sekolah
dulu, ada ustazah ni cerita kat tini, sebab-sebab kenapa manusia selalu tinggal
solat..kebiasaannya manusia ni ada sifat yang jenis senang sangat mengikut
perangai orang..mudah terpengaruh..bila kita nak lakukan sesuatu, kita mesti
tengok orang dulu, dia buat ke tidak..tak kira la sama ada perkara baik atau
sebaliknya..macam kalau kita duduk dalam kelompok yang mengamalkan ilmu agama,
kita jugak akan terikut-ikut untuk mengamalkannya..kalau kita duduk dalam
kelompok yang kuat bersosial, begitu jugak kita kan..sebabnya kita taknak rasa
terasing dari orang lain..tapi benda ni tengok orang jugak..semua tu ikut hati
masing-masing untuk pilih jalan yang mana..tapi tak bermakna kalau kita solat
sebab orang lain solat, dan merasa kalau kita tak solat nanti dorang mengata
atau cakap yang tak baik pasal kita..bukan macam tu cara dia..kita ikut orang
solat bukan sebab orang, tapi solat untuk mengikhlaskan hati dan
sebagai langkah pertama untuk kita berhijrah dan cuba untuk melaksanakan
perintah Allah SWT dengan sempurna..bila solat kita jaga tak kira lah dekat mana pun kita
pergi, dengan siapa pun kita jumpa..in shaa Allah, yang lain-lain pun kita akan terjaga contohnya macam aurat, percakapan dan keperibadian kita..
Ada orang cakap, “dia tengok kawan dia ni solat penuh 5 waktu
tapi keperibadian dia tak melambangkan dia tu solat 5 waktu pun”..haaa..kat
sini kita kena berhati-hati..jangan salah tafsir ye korang..kita tak boleh
judge orang sesuka hati..tak baik tau..sebaik-baik hakim adalah Allah
SWT..tapi, kita boleh berfikir dan muhasabah diri kita..kenapa keperibadian tu
masih tak macam yang sepatutnya, mungkin solat kita tak sempurna..dari segi
kita ambil wudhuk kot ada yang terlajak laris sangat, silap-silap sikit tu main
tibai je..bacaan dalam solat kena perbetulkan..pensyarah tini ada pesan, dalam solat bacaan Al-Fatihah dan tahiyyat akhir kena betul sebetul-betulnya..dari segi panjang harakat dia,.sebutan dia kena betul..bacaan Al-Fatihah pulak sebaik-baiknya bila kita baca tu, kita dapat dengar bacaan kita..tak perlu kuat sangat pun takpe..asalkan kita dengan bacaan kita tu..tak sah solat kita kalau kita baca dalam hati tau..wallahualam..Allah sahaja yang mengetahui..
Tak salah kalau kita nak tanya
orang..tanya macam mana bacaan yang betul..cara ambik wudhuk yang paling afdal
dan yang seangkatan dengannya..hari demi hari kan kita dapat perbaiki solat
kita..dan akhirnya kita dapat mencapai tahap kusyuk dalam solat..seronoknyaaa..
Jika seseorang wanita itu menjaga solatnya maka maruahnya juga akan terjaga..in shaa Allah |
Orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat akan
merasa bahawa solat itu adalah satu perkara yang mudah dan senang sekali untuk
dikerjakan, berbanding dengan sikap orang-orang yang berjiwa kotor serta keji,
yang mana akan merasakan begitu sukar dan amat susah sekali untuk melakukan
ibadat solat, seolah-olah ibadat solat itu menjadi beban kepada kehidupan
mereka, bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang munafik
itu melakukan tipudaya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura
beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu
daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula
apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya
bertujuan) riya' (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka
bahawa mereka oleh orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah
SWT (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).”
Jadinya, kita sebagai umat islam ni haruslah menjaga solat kerana kekuatan kita sebagai umat islam adalah bermula dengan solat..pesanan ni semua bukan untuk kengkorang semua je..tapi untuk diri tini jugak..sambil-sambil kita mengingatkan orang, kita akan ingatkan diri kita jugak..manusia ni tak lari dari kesilapan..mana yang boleh kita ubah, kita improve..go on la..as long as kita tau iakan bagus untuk amal ibadat kita..selangkah demi selangkah kita boleh cuba untuk berusaha untuk mendekati Islam..jadinya, sama-samalah kita muhasabah dan mentarbiyah diri kita hari demi hari..okay sahabat-sahabat..Assalamualaikum.. *sengih*
~Inspirasi dari Ustazah Rohana, Encik Mazlan (penyelaras UTM), dan Ustaz Kazim Elias..
1 comments:
Casino Archives - DrmCAD
Casino Archives. Our casino page was launched 안성 출장마사지 in 2006. 익산 출장마사지 We have over 나주 출장샵 1,000 casino games. 세종특별자치 출장안마 Over a million of our games are playable here! 청주 출장안마 The casino has been around for more than
Post a Comment