Assalamualaikum korang..excited
ni nak cerita walaupun benda agak ketinggalan sikit dari orang lain..sebelum tu
tini nak tanya, siapa yang dah tengok Teater TAKHTA TIGA RATU dekat Istana
Budaya sila buat muka kedondong sekarang..ohh Kekandaku bertiga..sedihlah maka
adinda tidak dapat melihat kekanda bertiga beraksi tepat pada masa..ampun..ampun..*Tuan
Puteri Gunung Everest seraya berkata*
Nampak sangat ayat puitis keluar
secara spontan..haha..
Tapi..apa apa pun sedihnya..nak
cepat-cepat balik rumah nak beli filem ni dekat Astro First..tak sabarrrr..hari
tu dah keluar dekat istana budaya..dorang buat teater 13 hingga 22 Disember
2014..nak pergi tapi takde rezeki..ada la hikmah tu..hari ni baru tergerak hati
nak search pasal benda ni keluar bila kat tv..rupanya dah keluar since 25 hb
hari tu..parah dah kesedihanku ini..habis je waktu ofis hari ni, balik rumah
terus nak beli..
Cerita ni sangatlah bersifat
kefiksyenannya dengan latar belakang sejarah kurun ke-15, olahan cerita yang
betul-betul bersifatkan zaman melayu Melaka..sebenarnya tini tak tau sangat macam
mana..tapi tengok info dari astro awani semua semua bagi komen positif dan
banyak dapat sambutan..kesnya sekarang apasal aku taktau nihhh..gerammmmnyaaaa
kat diri sendiri..
So pada sesiapa yang taktau lagi
info pasa Takhta 3 Ratu ni boleh la menatap info dibawah..hope lepas ni boleh
la korang faham-fahamkan diri tu dengan info ni..lepas tu boleh la korang
laju-laju capai remote control tv kat rumah korang then tekan 480, zupppp terus
beli filem ni..RM15 je pun..boleh tengok selama 48 jam..murah kan..
PETIKAN
KATA-KATA PENGARAH ‘TAKHTA 3 RATU’, EIRMA FATIMA
Inilah
cerita di antara tabir dan anjungan Istana Melaka.
Kisah
yang difiksikan berlatarbelakangkan sejarah.
Inilah
Hikayat 3 Ratu.
Sultan
Mansor mengahwini Galuh Chenderai Kirana untuk mendapat kekuatan dari
Majapahit.
Ancaman
Ayothaya memaksa Sultan Mansor untuk menyimpul pula teras dengan Empayar
China.Lantas Hang Li Po menjadi talinya
Tiada
yang terjanji akan selamat, sumpah Mansor kepada tanah Melaka akan terus
diadilinya, makanya dipaksa untuk mengahwini Lela Wangsa bagi mengekal siduduk
tanah ini dari dikukur Ayothaya dan Inderapura.
3
Ratu dan 3 jiwa, yang berbeza mahunya.
Di
antara cinta, tanggungjawab dan kedaulatan, yang mungkin merobohkan kota Melaka
atau mungkin juga memacunya menjadi sebuah Empayar gemilang. Lantas nafsu yang membakar
naluri tiga ratu ini akan meresap meladur golak ke setiap penjuru istana untuk
menguasai TAKHTA.
Andai
sejarah dapat berkata, tentu
yang benar itu tersuluh.
Andai
suluh itu yang disemat, berlingkar ia di antara hikayat
TAKHTA
3 Ratu
Meneroka
Melaka yang GEMILANG.
Mencari
jati diri bangsa yang HILANG.
Mencari
Tuah untuk bertanya kenapa katanya ‘TAK MELAYU HILANG DI DUNIA’
Mengenali
semangatnya Jebat.
Menyingkap
helaian SULALATUS SALATIN.
Agar
anak cucu kita MENGERTI.
Mengapa
MELAYU HARUS TERUS BERTAKHTA dibumi ini.
NAMUN
KEKUASAAN POLITIK MELAKA BUKAN ANCAMAN BUAT 3 RATU INI KERANA:
“Walau
satu benua dapat ku tawan..
Tujuh
lapis langit dalam genggaman.
Tidak
kan sama memiliki seluruh cinta yang ada di dalam jiwa seorang suami.
Itulah
takhta teragung buat seorang isteri”
Sultan Mansor Syah di apit oleh dua isternya Raden Galung Chenderai dan Puteri Hang Li Po |
Raden Galuh Chenderai Puteri Hang Li Po Lela Wangsa(Tun Teja) |
Scene awie sebagai Hang Tuah bersama dengan Feby Febiola sebagai Raden Galuh Chenderai |
Hang Jebat |
Banyak lagi watak-watak utama dalam filem ni tapi memang tak cukup jam la nak tunjuk satu-satu kan..tengok sendiri jela dekat tv nanti..apa-apa pun ni watak-watak yang ada dalam filem ni yang mana dorang memang sangat ummphhh la berlakon..sangat terbaik..
Sultan Mansor Syah - Azri Iskandar
Raden Galuh Chenderai (Isteri pertama Sultan Mansor Syah) - Izreen Azminda (teater), Feby Febiola(televisyen)
Puteri Hang Li Po (Isteri kedua Sultan Mansor Syah) - Soo Wincci
Lela Wangsa (Tun Teja) ((Isteri ketiga Sultan Mansor Syah) - Erra Fazira
Laksamana Hang Tuah (Hulubalang Melaka) - Awie
Hang Jebat - Beto Kusyairi
Megat Terawih - Remy Ishak
Mbok Kuriang - Ellie Suriaty
Sekar - Tasha Shilla
Gui Ying - Micheal Ang
Sekian terima kasih..bubye kengkorang..
0 comments:
Post a Comment