Tersalah Pandang Jodoh

Assalamualaikum semua..


Sudah 12 hari aku bergelar isteri kepada Ahmad Zunnajah. Masih ramai lagi yang bertanya bagaimana permulaan bagi perkenalan kami berdua. Masa berlalu sangat pantas. Terasa seperti baru semalam aku mengenali suamiku memandangkan kami kenal pun tidak begitu lama. Dua bulan kami bertegur sapa kemudian dia menyatakan hasratnya untuk melamarku.







Ceritanya bermula sewaktu kami berdua menghadiri kursus umrah di Setia Eco Park pada 3 Oktober 2015. Pada ketika itu, aku sama seperti semua orang yang menghadiri kursus tersebut yang mana masing-masing mempunyai tujuan untuk mendapatkan serba sedikit ilmu dan tips persediaan untuk ke tanah suci Mekah. Semuanya berjalan lancar pada pagi itu. Aku dan kedua ibu bapaku masing-masing kusyuk mendengar ceramah daripada Ustaz Faizal. Mak Njang  pun turut serta dalam kursus tersebut.


Setelah selesai beberapa sesi, kami semua bersiap sedia untuk solat zohor. Seusai solat zohor, kami dijemput untuk makan tengahari. Sajiannya mashaAllah, sangat lazat iaitu nasi arab. Kami yang perempuan disuruh untuk beratur mengambil makanan terlebih dahulu. Aku, mama dan mak njang sama-sama beratur menunggu giliran untuk mengambil makanan.


Seusai mengambil makanan, kami duduk bersama-sama di tengah dewan makan namun tidak jauh dari tempat orang beratur mengambil makanan. Sebelum kami mula menjamah makanan yang ada di depan mata, mak njang menyapa aku

"Tini, hensem tak lelaki tu?" ujar mak njang sambil menunding jari telunjuknya ke arah seorang lelaki di tempat orang beratur mengambil makanan.

Pada ketika itu, aku tidak berapa berminat untuk melihat sesiapa kerana fikiran yang agak teruja kepada makanan di depan mata serta hati yang masih berbelah bahagi dek kerana cerita lama namun demi melayankan kerenah mak njang, aku mendongakkan wajah ini ke arah lelaki yang ditunjukkan oleh mak njang tadi. Dengan sekilas pandang, aku melihat seorang lelaki berbadan agak berisi dan tinggi di tempat orang mengambil makanan tadi namun tidak kelihatan wajahnya. Dengan acuh tak acuh, aku tersenyum hambar kepada mak njang bagi membalas pertanyaan mak njang tadi. Tidak berminat.


"Kalau minat mak njang boleh tolong kenalkan. Ustaz tu" tambah mak njang lagi.

Aku masih tidak berminat. Makanan di depan mata ni lebih menarik dari itu.

Sebenarnya, lelaki yang mak njang maksudkan itu berada disebelah lelaki yang aku pandang tadi cuma aku yang tersalah pandang tapi tak mengapa, pada ketika itu semuanya tidak penting. Yang penting adalah perutku yang kosong ini perlu diisi segera.


Setelah selesai waktu makan tengahari, kami menyambung sesi seterusnya. Aku pada ketika itu terasa agak mengantuk dek kerana terlalu banyak makan sebentar tadi namun aku agak terganggu dengan seorang lelaki berkemeja perang yang asyik ke luar surau untuk menjawab panggilan dari telefon bimbitnya. Rimas. Dia ni tak reti duduk diam ke? Busy sangat ke sampai tak boleh hold dulu semua panggilan pada waktu-waktu begini. Beberapa kali juga dia keluar masuk surau sampai aku sendiri jadi tidak fokus untuk mendengar ceramah di depan tambahan pula tahap mengantuk menjadi tidak stabil sehingga aku hampir tersengguk-sengguk di depan mak njang.


Aku bersandar pada timbunan lipatan sejadah bagi merehatkan tengkuk yang lenguh dan hampir saja terlelap namun aku ternampak mak njang mengeluarkan telefon bimbitnya dan mengangkat telefonnya agak tinggi paras bahu seperti memberi isyarat untuk mengambil gambarku.
Aku mengerti niat mak njang yang ingin mengambil gambarku. Mungkin untuk dibuat kenangan pada masa akan datang. Aku membesarkan biji mata yang tadinya layu dan melebarkan sedikit senyuman bagi menampakkan alis bibirku.





Setelah selesai kesemua sesi bagi kursus umrah, kami semua mula bersurai. Sempat lagi aku bersalam-salaman dengan bakal jemaah umrah yang lain. Majoritinya adalah golongan yang sebaya dengan ibu bapaku dan ada dikalangan mereka adalah kenalan mak njang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beberapa hari selepas kursus umrah, fikiranku seperti diganggu oleh sesuatu. Aku sendiri tak mengerti apa dia. Aku cuba untuk sibukkan diri dengan kerja-kerja pejabat namun tiada apa yang belum selesai. Semuanya sudahku siapkan di pejabat kerana aku tidak gemar menangguhkan kerja-kerja yang penting.


Apabila malam menjelang, setelah selesai menunaikan solat isyak, telefon bimbitku berbunyi. Aku menerima satu mesej daripada nombor yang tidakku kenali.


Assalamualaikum, buat apa tu?

Aku berbelah bahagi, nak balas atau tidak mesej tersebut. Aku hanya memandang dan membiarkan sahaja mesej tersebut kerana baru teringat yang aku harus melipat kain baju yang bertimbun di dalam bakul. Sambil-sambil melipat kain baju, aku memainkan beberapa buah lagu di dalam telefon bimbit bagi mengelakkan kebosanan dan kesunyianku. Belum pun sempat aku menghabiskan lipatan yang terakhir, telefon bimbitku berbunyi lagi. Terdapat satu mesej daripada mak njang. Mungkin ada info berkaitan dengan hal umrah namun sangkaanku meleset apabila mak njangm bertanya ada atau tidak orang menghantar mesej dari nombor sekian sekian. Aku terfikirkan mesej dari nombor yang tidak dikenali tadi. Mungkin nombor itu yang mak njang maksudkan. Jadi aku mengiyakan pertanyaan mak njang.


"Itu kawan satu tempat kerja mak njang, dia berkenan dekat tini. Nama dia Ahmad Zunnajah Cuba la tini berkenalan dulu dengan dia. Kawan-kawan dulu. Kalau okay, teruskan. Kalau rasa tak okay takpe la. Mak njang tak paksa. Terpulang dekat tini." ujar mak njang kepadaku.


Aku buntu. Perlukah aku membalas mesej lelaki yang mak njang katakan tadi. Aku sendiri kurang gemar untuk berkenalan dengan lelaki tambahan lagi orang itu tidak aku kenali. Pada ketika ini, aku masih tidak cam yang lelaki ini juga ada sewaktu kursus umrah tempoh hari.


Aku membuka kembali mesej dari nombor yang tidak dikenali tadi lalu membalas mesej tersebut.


"Waalaikumsalam, tak buat apa pun. Siapa ni?" sengaja aku bertanya takut tersalah orang kalau aku bertindak melulu.


"Saya Ahmad Zunnajah. Awak tini kan?" dia membalas.

Betullah tekaan ku tadi.

"A'ah, saya tini. Awak ni kawan mak njang saya kan. Tadi mak njang saya ada mesej cakap yang awak nak mesej saya." 


"Betul la tu, saya kawan mak njang awak. Mak njang awak yang bagi nombor awak dekat saya."

Pada waktu ini, aku sendiri tak reti nak panggil nama dia apa. Ahmad ke..Zunnajah ke? Panjangnya kalau panggil Zunnajah.

"Erm, saya nak panggil awak apa eh? Ahmad ke Zunnajah? Ke panggil Jah aje?"

"Kawan-kawan biasa panggil saya Awang..jadi awak panggil Awang jela eh"

Ya Rabbi..kenapa mesti Awang? Tiada nama lainkah? Mak njang bagi aku berkenalan dengan orang tua ke? Mati lah aku kalau abah tahu ni. Suami orang ke? Ke bujang lapok?


Oleh kerana aku terasa seperti menjengkelkan mahu memanggil dia awang, aku kekalkan panggilan kami sebagai saya awak sahaja. Kalau tidak disebabkan mak njang, tidak mahu aku melayankan si Awang ni. Tambahan lagi pada ketika ini, ada sesuatu daya yang memaksa aku untuk terus membalas mesej dari dia walaupun terlalu banyak perasaan dalam diri ni yang sentiasa menolak untuk tidak melayan dia. Banyak juga yang sempat kami bualkan walaupun ianya mengambil masa beberapa hari juga untuk membalas satu mesej antara satu sama lain. Ini semua mungkin disebabkan perasaan yang menolak itu dan mungkin juga tiada banyak perkara yang boleh kami bualkan.


Pada hari lahir anak buahku, aku sekeluarga mengadakan majlis makan-makan di rumah. Kami menjemput jiran-jiran dan beberapa orang sahabat untuk menghadiri majlis tersebut. Malam sebelum majlis, aku sempat lagi menghantar mesej kepada dia.

"Assalamualaikum awak..esok buat apa? Kalau ada kelapangan, jemputlah datang ke rumah. Saya sekeluarga ada buat makan-makan sikit untuk majlis hari jadi anak buah saya. Jemput la datang ye."


"In Shaa Allah..bagi alamat..kalau berkesempatan saya datang dengan kawan saya sorang..boleh?"

"Boleh..datang la ye"

Keesokkannya, aku menunggu juga kelibat si Awang tu datang. Hari pun sudang petang, tetamu sudah semakin surut namun kelibat si Awang tidak juga kelihatan. Selepas maghrib, aku menganggap dia sibuk dan tidak dapat hadir. Namun aku mendapat panggilan daripada dia. Terkejut. Itu kali pertama aku mendengar suaranya. Dia mengatakan bahawa dia sudah sampai di kawasan rumahku. Lalu aku menjengah ke luar rumah. Kelihatan dia bersama dengan kawannya berada di sebalik tembok. Segan nak masuk katanya. Lalu aku mengajak dia masuk ke dalam rumah.


Kelihatan di sangat pemalu dan agak kebudak-budakkan. Selama ini, aku menyangka dia berusia 30-an kerana mengenali dia sebagai kawan mak njang. Rupanya baru berusia 26 tahun pada ketika itu. Tidak terlalu tinggi. Pakaian pun biasa-biasa sahaja. Sangat merendah diri. Rambut pun belah tengah dan yang paling tak sangka sekali adalah dia sebenarnya lelaki yang suka keluar masuk surau sewaktu di kursus umrah dulu. Iya, lelaki yang mengkusutkan tahap fokus aku pada ketika itu. Baru aku sedar yang aku sebenarnya telah tersalah pandang lelaki yang ingin mak njang kenalkan sewaktu di kursus umrah lalu.



Selepas daripada hari itu. Kami menjadi semakin rapat dan kerap berbalas mesej. Tidak seperti dulu. Masing-masing menyombong dan jual mahal. Banyak yang kami bualkan terutamanya berkaitan dengan diri sendiri. Mungkin tak banyak yang dia tunjukkan tentang dirinya sebagaimana kebiasaan bagi setiap orang yang baru berkenalan dengan seseorang. Kebanyak orang cenderung untuk bercerita tentang kelebihan masing-masing namun si dia ni lebih kepada merendah diri.


Suatu hari tu aku perasan akan nama samaran yang dia perkenalkan padaku sewaktu di awal perkenalan kami. Mengapa aku tidak pernah mendengar seorang pun kawannya memanggil dia Awang seperti yang diperkatakannya tempoh hari? Sedang kami berbual, aku bertanyakan soalan itu kepadanya.


"Awak, kenapa saya tak pernah dengar orang panggil awak Awang. Dorang panggil apa sebenarnya?"

"Ohh..haha..Awang tu kawan saya..orang biasa panggil saya Najah..sengaja saya bedal nama tu..nak tengok awak macam mana.."

Ahh sudah..dia mengenakan aku..ye..benar pada awalnya aku agak tak selesa dengan panggilan nama itu kerana aku menyangka dia agak berumur..risau umurnya melebihi abang-abangku..dan agak risau bertemu jodoh dengan orang yang berumur kerana aku masih muda pada ketika itu. Sudah tentu aku mengimpikan seseorang yang jarak umurnya tidak jauh beza dengan aku.

Kini sudah masuk dua bulan kami kenal. Tak banyak yang kami dapat kongsikan sepanjang waktu kami berbual kerana seringkali mengulangi topik yang sama sahaja sehinggalah satu hari ni, dia menghantar mesej yang membuat aku tergamam seketika.

"Awak..Jom kahwin"

Pada ketika itu, boleh dikatakan aku tidak merasa apa-apa..cinta sayang semua tiada..bagaikan sudah lama beku..tiada apa yang dapat ku luahkan kepada sesiapa kerana tiada siapa pun yang akan mengerti. Aku jadi buntu. Namun hati ini sering tertanya-tanya. Sampai bila harus aku menunggu sesuatu yang tak wujud iaitu kesempurnaan dalam percintaan. Aku mulai sedar bahawa Tuhan itu tidak akan memberi sesuatu yang diluar dari upaya manusia. Allah datangkan seseorang dalam hidup sudah pasti mempunyai sebab tersendiri. Allah datangkan seseorang yang melebihi layaknya kita kepadanya kerana Allah mahu kita sedar di mana kedudukan kita yang sebenar dan Allah datangkan orang yang mungkin tidak pernah terlintas difikiran ini untuk memilikinya kerana Allah mahu kita belajar untuk jatuh dan bangun bersama-sama. Kesabaran dan kesetiaan itu semuanya bergantung kepada diri sendiri. Pasangan kita yang Allah anugerahkan kepada kita adalah yang selayaknya untuk kita.


Begitu banyak yang bermain difikiranku pada ketika itu namun aku tidak membiarkan si dia menunggu jawapan dariku. Aku memberitahu kepadanya yang aku akan memaklumkan kepada kedua orang tua ku dahulu. Jika mereka suka. Aku juga turut suka. Tidak mahu lagi aku menunggu dan berteka-teki setiap kali ada lelaki yang ingin mendampingiku. Pilihanku selalunya salah. Mungkin selama ini aku hanya memandang luaran seseorang. Mendambakan seorang lelaki yang melebihi layaknya aku kepadanya. Terlalu ramai lelaki yang menaburkan janji-janji manis. Melayaniku seperti permaisuri. Menjadikan aku yang pertama di hatinya melebihi Dia. Maka pada kali ini, aku mengikuti respon keluargaku. Hanya mereka yang mengetahui apa yang selayaknya untukku. Hanya mereka dan Allah swt sahaja yang mengetahui sifat baik dan burukku yang mampu ditanggung oleh bakal suamiku nanti.


Keesokannya, aku melihat ibu bapaku baik-baik sahaja. Seusai makan tengahari, aku menyatakan hajat si dia untuk melamarku kepada kedua orang tuaku. Tanpa banyak bicara, mereka mengucap kalimah "Alhamdulillah". Aku pelik. Pernah beberapa kali sebelum ini ada lelaki yang ingin melamarku namun jawapan yang diberikan oleh kedua orang tua ku adalah "Toksah la, hangpa muda lagi" tapi kali ini mereka beri respon yang berbeza. Rupanya mereka juga telah mengetahui akan hal ini melalui mak njang. Cuma mereka menunggu aku untuk bersuara.  Mak njang lebih mengenali dia dan keluarganya. Jadi kerana itu juga mak njang kenalkan aku dengan dia.


Seperti yang dijanjikan, ibu bapaku juga telah mempersetujuinya maka pada malam itu, aku memaklumkan kepadanya akan hal tersebut yang mana ibu bapaku setuju akan lamaran itu dan aku juga turut setuju. Namun ada hal yang harus aku perkatakan kepadanya terlebih dahulu berkaitan dengan perasaanku terhadapnya. Aku mengatakan yang aku tidak mungkin mencintainya dalam waktu yang terdekat ini. Aku akan cuba membuka hati ini untuknya jika dengan izin Allah. Akan ku cuba untuk membuka hati ini apabila kita sudah mengikat tali pertunangan. Jika sepanjang waktu kita bertunang itu hatiku masih juga tidak merasa apa-apa. Aku harap kamu boleh melepaskanku.


Agak lama dia mengambil waktu untuk membalas mesej ku itu. Mungkin jawapanku itu telah membuat dia merasa kecil hati namun tak lama selepas itu dia membalas. Dia tidak memaksa aku untuk menerimanya namun dia akan berusaha untuk membuka hatiku untuknya. Jika sepanjang tempoh pertunangan aku telah berjumpa dengan seseorang yang aku suka, maka dia merelakan untuk melepaskanku. Dia tiada hak untuk menghalang aku untuk mengecapi bahagiaku sendiri.


Pada ketika ini, aku seperti tiada perasaan yang bersalah kepadanya. Aku hanya bersetuju dengan kata-katanya itu. 


Oleh kerana aku bersetuju untuk menerimanya, dia memberitahuku serba sedikit tentang dirinya dan keluarganya. Dia menyatakan bahawa dia bukanlah berasal dari golongan yang kaya. Hidupnya hanya sederhana. Cara hidupnya lebih kepada cara hidup kampung. Banyak lagi yang dia nyatakan berkaitan dengan pekerjaannya, cara berpakaian, sifat-sifat dan lain-lain.


Setelah ku hadam segala apa yang dia nyatakan itu. Aku menarik nafas panjang dan bersetuju untuk menerima baik  buruknya dia. Sifatnya tidak banyak perbezaannya dengan diriku ini yang lahir dari keluarga yang sederhana namun kehidupanku adalah di pusat bandar. Jauh dari ketenangan cara hidup kampung dan itu yang membezakan aku dengan si dia.


Di awal bulan pertama kami bertunang, aku sentiasa berdoa kepada Allah supaya dibukakan pintu hatiku untuk yang selayaknya. Hari demi hari aku berdoa supaya aku dapat melupakan luka yang lama dan berbisa. Begitu juga dia yang pernah dikecewakan suatu ketika dahulu.


Sepanjang tempoh pertunangan, kami belajar untuk mengenali hati budi masing-masing. Dan saling belajar untuk membuang sifat-sifat yang tidak harus wujud dalam sesuatu hubungan. Hari demi hari, kami semakin rapat sehingga satu hari, tanpa aku sedari, timbulnya suatu perasaan yang aneh apabila aku sendiri tidak sabar menunggu malam kerana pada waktu itu lah kami dapat berbual dek kerana pada siang hari kami bekerja dan tidak berhubung langsung. Kami juga jarang dapat bersua muka kerana tidak punya waktu yang sesuai. Kami hanya bertemu jika ada kepentingan terutamanya untuk urusan perkahwinan. Dan dalam tempoh itu, aku mulai sedar yang Allah telah membukakan pintu hatiku untuknya. Aku mula merasa sayang dan cinta kepadanya namun ianya tidak dapat ku luahkan. Dia hanya menyedari perasaan itu sendiri setelah perasan yang aku sering mengambil berat tentangnya.


6 bulan kami bertunang, Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja kerana masing-masing menjaga hati. Ada juga perselisihan antara kami namun ia diselesaikan secara matang dan tidak mengikut hawa nafsu. Kini sampai masanya untuk kami disatukan pada 6 November 2016.


Alhamdulillah, kini aku sudah pun menjadi isteri kepada Ahmad Zunnajah. Terima kasih kepada pembaca yang setia. Semua cerita ini adalah cerita yang benar namun bahasanya diperindahkan sedikit agar ia sesuai bagi semua golongan yang membaca. Maaf jika ada kesilapan dari tutur bahasaku. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diriku sendiri.


In shaa Allah selepas ini akan ku kongsikan cerita yang lain pula.
Assalamualaikum



Hati Yang Kemarau..

Assalamualaikum..
Hari ni tini nak cerita sikit tentang hal di office..
Mungkin lawak bagi orang sekeliling yang mendengar perbualan tini dgn abang samad (staff dioffice a.k.a pakcik kuat menyakat)


Selalunya tini mesti jadi bahan usikan antara staff di office..mungkin tini suka bagi respon selamber hati kering..cuma yang satu ni macam pappp..dan2 tu jugak rasa macam "Okay malas nak ambil kisah"


Si Abg Samad ni la..dia yang mulakan dulu..mula tini dgn kak su just cerita pasal dialog dalam cerita p.ramlee je..tiba-tiba dia macam cakap..


"Cerita P.Ramlee ni bagus..tengok banyak kali pun tak bosan sampai sekarang..si tini ni lain la..layan jiwang-jiwang je..dalam hati ada taman bukan main.."


Then tini balas la cakap "Memang dlm hati ni ada taman tapi taman tak pernah siram!!"

Abg Samad balas "Ehmm..patut la kemarau semacam je si tini ni"


Tini balas balik "Dah tu abang apanya? Banjir la eh"


Abg Samad ketawa then balas "Banjir la..pokok tak sempat tumbuh dah jadi lumut dah.."


Okay..lawak sikit but kalau fikir balik..memang hati ni kemarau pun..nak cari cinta..bazir masa..belum tiba masanya lagi..hati ni perlu dibanjiri dengan keinsafan dosa lalu dan hari esok  barangkali..
Jodoh..selalu ditunggu tapi mungkin ajal yang menjemput tini dulu..siapa tahu..
Allahu..
Tini bakal meninggalkan semua orang jauh dari sisi..
Namun sempatkah tini merasa dekat dengan seseorang yang jiwanya melekat pada ilahi?Wallahu'alam..Tuhan saja yg mengetahui..














Hati Yang Sering Berbolak Balik

Ya Tuhanku..
Janganlah Kau bolak balikkan hatiku..

Jika aku bersahabat..
Kekalkan persahabatan itu hingga ke Jannah..
Jika aku mencintai dan dicintai..
Biarkanlah perasaan itu kekal ke jalan yang Kau redhai..

Sahabat..
Ampunkan segala salah silap ku..
Dimana sahaja kamu berada..bagaimana persahabatan itu dimulai..janganlah ia diakhiri..
Aku mengaku yang diri ini terlalu mengikut perasaan amarahku..
Tidak mahu aku mengumpul rasa benci kamu atas kesilapanku..
Aku sendiri tidak mampu memaafkan kesilapanku..apa ntah lagi orang lain..
Maafkanlah aku..
Aku hanya manusia biasa..
Sebelum aku pergi..
Aku mahu tenang bersama kalian..
Janganlah dibuang segala ukhuwah yang telah terbina..

Sayangku..
Jika benar kamu wujud..
Maafkanlah aku kerana belum masanya untuk kita bersua muka..
Apa kita pernah berselisih? Atau kita teman seperjuangan?
Ahhh..sudahlah..
Takmahu aku berteka teki..
Siapalah kita untuk menentukan hari esok..
Aku menyerahkan segalanya kepada Ilahi..
Tuhan itu tidak mahu kita membazir masa..
Bila tiba masanya, Dia akan izinkan kita bertemu demi ikatan yang tiada penghujungnya..
In shaa Allah..aku menunggumu disini..

Baru-baru ni.. tini  tengok dekat berita pasal peristiwa berdarah di tanah suci Mekah..
Mula-mula runtuhan kren..
Lepas tu hotel terbakar..
Disusuli pula dengan rempuhan di Mina..
Risau??
Siapa tak risau..
3 bulan lagi tini akan menjejakkan kaki ke sana dengan mama babah..
Harap-harap semuanya baik-baik belaka..
Babah pesan..3 bulan sebelum pergi..byk perbersihkan hati..
Supaya nanti disana..hati akan tenang mengadap Allah..
Jika apa-apa berlaku disana..
Redhakanlah hati untuk menghadapi segala ujian..
Walau diri ini terkorban sekalipun..
SubhanAllah..gerunnya bila terfikir pasal tu..
Sungguh diri ini seorang pendosa..
Hati..
Mulut..
Telinga..
Mata..
Semua tak terjaga..
Malunyaa nak mengadap Allah..

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun..
Siapalah kita jika Allah tidak mengampunkan dosa-dosa kita..
Ambil lah pengajaran dari apa yang tini perkatakan ini..
Pengajaran ini juga adalah untuk diri tini juga

Masa muda kita ini bukanlah masanya untuk bersuka ria dan menunggu tua barulah nak bertaubat..
Ingat..
Syarat mati itu bukanlah tua..
Boleh jadi esok..
Boleh jadi sebentar lagi..
Tini juga terfikir..
Sempat ke tini hidup lagi untuk pergi ke Mekah nanti..
Allahu..
Tini berharap sangat tini dapat menjadi tetamu Allah nanti..
Aamiin..

Sayang Yang Ku Pendam

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..tini masih diberi peluang untuk hidup pada hari ini..
Jumaat..penuh barakah..
Ma shaa Allah..pagi yang sangat cantik dan tenang even tini tak berapa nak tenang hari ni..
Lari sana lari sini terkejar-kejar dgn class dan document yang perlu disubmit segera pada lembaga atasan utk semak prestasi kerja..

Sekarang lunch time..12.30..ada baki lg 30 minit utk habiskan masa rehat..

Bukan niat utk membazir masa disini tapi sekadar perkongsian cerita..

Keikhlasan. .
Sikit pun tini tak mengerti..
Biarlah Tuhan saja yang tahu

Semalam hari raya aidiladha..
Orang sibuk dengan lembu..tini sibuk menilik sekeping potret..selesai tolong-tolong mama didapur dan ruang tamu..potret itu tini capai bagi melepaskan rasa penat..terhambur satu nafas yang panjang..banyak yang terlintas difikiran..alangkah bagusnya jika masa dapat diundur..jika tini tahu perkara ini berlaku, takkan tini rosakkan sesuatu hubungan untuk hubungan yang tak pasti..

Kerjaya..itu sahaja yg bisa buat tini leka..segala masalah terbuang sendiri..
Staff-staff..pensyarah lain..professor..sampai ke pakcik guard pun baik baik belaka..seronok rasanya bergaul dengan mereka..ketawa..mereka pandai berjenaka..ditempat kerja..sikit pun kesedihan itu tidak menyapa..

Tapi tini tiba-tiba teringat..kontrak kerja dgn kolej ni tinggal lagi dua bulan sahaja..tini bakal meninggalkan mereka..
Allahu..
Sedihnyaa..
Mujurlah tempat ini hanya sekangkang kera..tak jauh pun dari rumah..rasa rindu..tini datang terjah je kampus ni..

Mereka juga terasa sedih..tini tak lama lagi akan pegi..mereka bilang mereka sayangkan tini dan mereka akan rindukan usikan dan lawak selamber tini..begitu juga tini..

Mereka faham apa yang tini lalui..apa yang tini rasakan..bagaikan sebuah keluarga besar..

Mereka pesan "cepat-cepat sikit kahwin tini"

Tini hanya tersenyum hambar..
Kahwin??
Tini nak lari dari soalan tu..bingit..

Adakalanya mereka jadi tukang kenen..
"Yang itu hensem..kalau tini dgn dia..sesuai sangat"

"Eh..td ada org kirim salam dkt tini.."

"Tini..ada budak ni nak nombor fon tini"

Dan macam macam lagi..

Ahh sudahhh..penat la..
Tini tak minat dgn semua tu..tak suka..rimasss..
Jangan dekat dgn tini kalau sekadar nak mencuba!! Hati ini bukan untuk bahan eksperimen..

Maaf..bukan niat utk kecewakan semua orang..tapi hati ini sangat keras..biarlah tini sendiri..mencari cinta yang Allah beri..cinta ilhali..setiap hari ku kejar..

Cinta..
Selepas potret itu ku tinggalkan jauh di sesuatu tempat..tersorok ditempat yang dalam dari hati ini..
Tini redha..
Bagaimana potret itu tini tinggalkan..
Begitu juga dgn rasa yang selama ini tini pendam..
Tak mahu tini kejar lagi..

Keluarga sangat mengerti..
Anaknya tidak lagi menanti..
Kini berjuang teruskan hidup untuk kebahagiaan diri sendiri dan ibu bapa..
Ampun dan maaf jika ada kesalahan dari ianya sebesar lautan..hinggalah sekecil-kecil kuman..

Mulakan hari dengan senyuman dan positif diri..
Berharap hati akan tenang bersama ibu bapa disisi..