Assalamualaikum kengkawan blogger dan reader2
ku sekalian..amacam..hari ni ada sihat ka?Alhamdulillah tini kat sini sihat-sihat
sentiasa bersama keluarga tersayang..tini doakan korang2 semua sihat belaka la
semua ye..aminnn..
Hari ni tini nak cerita sikit pengalaman tini
jalan-jalan pusing KL kota metropolitan nihh..bukannya tini tak pernah
jalan-jalan kat kL ni..of coz la selalu..dah nama pun duduk KL..tapinya tini
jarang nak keluar pergi tengah-tengah bandar sangat la macam kat pavilion ke,
times square semua..seksa nak pergi sana..jalan jem ya amat..lagi pun ramai
orang asing je kat situ..ada pun budak-budak lepak keliling pavilion tu..siapa
yang biasa pergi tu tau la keadaan dia macam mana..penuh dengan manusia
je..tini jarang la dapat tawaf KL celah-celah bukit bintang sana tu..paling
jauh pun tini kerap pergi dekat KLCC tu je la..sebab dekat dengan rumah..7minit
dah sampai..
Apa pun tini nak share sikit la..hari jumaat
lepas tini ada pergi lowyat dengan mama babah..ni kira kali kedua la tini pergi
dalam tahun ni..tu pun bukan sebab nak pergi berjalan..sebab nak format
laptop..situ je yang paling dipercayai buat masa ni..first tini pergi dengan
babah je..naik motor je..senang parking..senang bergerak..kali kedua tini,mama
dan babah naik LRT dan MONOREL..untuk pengetahuan hadik-hadik dan hakak-hakak
sekalian...3 tahun dah tini tak naik pengangkutan jenihh2 gitu..so, segala ilmu
dan fakta mengenai cara-cara untuk menaiki pengangkutan awam itu la tini dah
blurr..blank semua la..tak hingat dah semuaaaa..omg omg omg..
So tini, mama dan babah pun tawakaltu’alAllah
je la masing-masing..tengok orang beli token dia macam mana..berhenti kat
mana..bayar berapa..nak tukar LRT ke MONOREL kat mana..siap tanya orang
lagi..nampak tau betapa kuatnya cabaran kita bila menggunakan sesuatu yang kita
sendiri kurang pengetahuan ni..tapi apa pun Alhamdulillah..sampai jugak kat
Lowyat tu..
Dari Dato’ Keramat naik LRT sampai Masjid
Jamek..tersalah tempat campur confius..kitorang naik balik LRT dari Masjid
Jamek ke KL sentral..lepas tu tukar naik Monorel..dulu zaman-zaman tini single
dulu..jenis suka berjalan sorang-sorang..shopping sorang..hidup berdikari..naik
train,naik LRT, monorel, bas semua tini bantai je..sikit pun tak rasa
takut..sesat jalan ke apa buat selamber je..zaman-zaman tu agak mencabar jalan
dari bangunan KL Sentral tu nak ke monorel tu sebabnya dia takde laluan
khas..kena lalu kawasan bas besar gebak..gelap gelita macam bawah tanah dah
rupa dia..scary mary jugak tapi tini buat biasa-biasa je..janji dapat
jalan-jalan..sekarang ni yang membuatkan tini blurr se blurr2 alamnya..jalan
dia tak macam tu dah..very safety..sebabnya dia dah sediakan laluan baik punya
dari kl sentral tu ke monorel..kena lalu bangunan shopping apa ntah nama dia..bangunan
tu bersambung dengan kl sentral..sangat-sangat bagus la..sambil-sambil nak
menapak pergi monorel tu korang boleh cuci mata tengok barang-barang
berjenama..yang ada duit tu boleh la menyinggah beli itu ini..
Dah sampai kat monorel tu..tini,mama dan babah
pun beli la token ke apa semua..pungg pangg pungg pangg..sampai la jugak
kitorang dekat Lowyat..
Sedih sikit bila fikir balik waktu-waktu
kitorang nak menapak dari monorel ke lowyat tu..too much beggars..sebenarnya
pandangan tu tak berapa bagus la kan..rezeki kita boleh cari selagi tulang
empat kerat ni masih berfungsi..kan lebih elok kalau kerja..kerja basuh pinggan
pun kira kerja dah..lain la kalau golongan orang kurang upaya..dorang pun
sekurang-kurangnya sediakan tisu..susah payah dorang cari makan dengan hasil
duit jual tisu..manusia ni tak kejam mana..ramai yang pemurah, bagi RM10 then
beli tisu satu..ikut ikhlas kita la nak bagi berapa..kann..dorang memang takde
upaya macam kita nak kerja semua..itu je yang dorang mampu..kita sendiri tengok
pun kesian..kita yang ada la jugak harta ni walau tak banyak..kita hulur la
sikit mana yang ada..sikit pun takpe janji hati ikhlas..
Janganlah kita yang muda-muda ni cari makan
macam tu..selagi tulang empat kerat ni masih berfungsi, banyak lagi rezeki kita
boleh cari..tak kisah kerja apa pun janji halal..
Ada tini tengok sorang ibu ni menyusukan anak
dia..terkilan jugak tengok..mana pergi ayah dia..nasib isteri tak terbela..mungkin
la suami dia meninggal dunia dan tak sempat tinggalkan apa-apa harta pada
isteri dia untuk terus hidup..wallahualam..kita tak tau nasib orang..apa pun
kita doakan moga mereka tabah..
Berbalik pada cerita tini pergi lowyat,
keadaan tak berubah..sama je..bangunan dia pun memang bentuk macam tu
jugak..cuba jakunnya kat dalam tu banyak gajet-gajet terbaru..siapa yang gila
gajet boleh la pergi situ..kot nak perabis duit pun kat situ boleh
sangat..haha..
Tini pergi lowyat memang semata-mata nak
format laptop..lepas format terus balik..takde nak nengok-nengok kiri kanan apa
semua..intai-intai tu ada la sikit..nak beli tu tak termampu la..mahal bebenor
kata ko..
So, itu jela cerita tini..bosan
kan..haha..tau..ada yang request tini buat tutorial untuk shawl supaya nampak
labuh..tak buat-buat lagi pun..sebabnya nak buat tutorial ni bagusnya kalau ada
yang tolong tangkapkan gambar kita..kalau kita sendiri yang tangkap tu payah
sikit..so kena la tunggu hari cuti..mintak tolong bff tini sorang tu Anna
Montana la..dia pun kerja..sabtu ahad je free..mintak maap la ye hadik-hadik
hakak-hakak..nanti tini tunaikan janji tini..in shaa Allah..i’ll try my
best..tatatututiti..assalamualaikum..
0 comments:
Post a Comment