Assalamualaikum warga blogger dan reader2 ku
sekalian..ada yang request hari tu suruh terangkan secara detail apa itu
NUFFNANG..okay..jujur nak cakap sebenarnya tini baru je faham sikit-sikit apa
tu nuffnang..tapi takat mana tini faham tu..tini boleh explain bagi korang
pulak yang faham ye..
Haa..tini tau ramai lagi yang duk garu kepada
duk fikir apa tu nuffnang..for your information.. nuffnang is a website that
produces various types of advertising which can generate income to the bloggers
who have registered with this website..maksudnya if korang daftar dekat
nuffnang..then korang paparkan iklan nuffnang dekat blog korang..di situ la
datangnya pekdahnya kat para blogger ni..
Nuffnang ni produce iklan yang mana
iklan-iklan tu datangnya daripada nestle, hotlink, marigold dan macam-macam
lagi la..syarikat-syarikat terkemuka tu kan..syarikat-syarikat ni bayar dekat
nuffnang then bila kita join nuffnang..paparkan nuffnang dalam blog kita..then
orang tertarik dengan iklan tu..korang pulak yang dapat income..nuffnang pulak
bayar korang..tapi bukan senang-senang nak dapat income tu..kena ada cara dia..
Ada yang tanya..kenapa account nuffnang still
tak berganjak pun..RM0.00 je sejak daftar..benda ni menipu ke? Tak la..korang
kena pandai setting la dekat account nuffnang korang..lagi satunya nuffnang ni
sangat kuat merajuk tau..korang tak boleh letak iklan lain selain nuffnang
dekat blog korang untuk jana income lebih..nanti dia merajuk..dia tarik status
GLITTERI korang..status tu jugak la yang jana income korang..kalau status tu
dah hilang..korang kena report la dekat pihak nuffnang supaya bagi balik status
glitteri tu..pandai-pandai la korang pujuk balik pihak nuffnang ni..so, jangan
salah langkah ye..
Nuffnang ni..ada tips dia untuk jana income
selain kekalkan status glitteri korang tu..contohnya macam ni :-
1) Selalu update account nuffnang
2) Paparkan nuffnang di ketiga-tiga sudut di blog korang contohnya di atas header,
di sidebar, dan di bawah setiap entry..kalau kurang satu sudut..susah untuk
korang dapat income untuk account korang tu
3) Jangan ada komitmen dengan iklan
lain selain nuffnang sebab nuffnang ni sensitif..nanti merajuk kang..taktau
eh..
4) Banyakkan bercerita pasal nuffnang
dekat blog korang..baru la dorang tau yang korang ni wujud
5) Pihak yang menguruskan nuffnang ni
adalah manusia biasa macam kita jugak ye..ada perasaan..ada sifat nak berkawan
tu..so, rajin-rajin la bersembang dengan dorang dekat website nuffnang..komen
dekat blog dorang ye..bukan dekat laman chating..
6) Menarik ramai lagi orang untuk
jadi pembaca setia blog korang dengan cara memperindahkan blog korang supaya
tak semak-semak sangat..letak entry yang menarik perhatian..jangan main syok sendiri je cerita hal jiran tetangga..hal rumahtanga dan bermacam-macam tangga
lagi..hati pembaca kena jaga..kena ambil kira ye..
7) Jangan duk mengutuk orang dekat
blog..tak baik..nanti pembaca meluat dengan korang..baru baca blog..belum jumpa
depan-depan..haa..lagi la teruk..
8) Aktifkan lah diri awak-awak semua
untuk mengupdate entry dari masa ke semasa ye..kerajinan tu pastikan level 40
ye..baru lah pembaca tak JK (jiwa kacau) bila baca blog korang..ini pun tujuan dia supaya nuffnang tau yang korang ni aktif dalam blog..
Okay hadik-hadik..hakak-hakak..itu je la kot
my explaination about nuffnang..takat tu jela detailnya..hopefully korang semua
faham apa yang tini cuba sampaikan..kot apa-apa info nak tanya tu tanya je
direct dekat sini ye..kot ada punchline tak sampai tu bagitau cepat-cepat
eh..esok lusa kita boleh improve tang mana yang patut..okay
korang..tatatututiti..majulah blogger untuk negara..yeahhh *slogan sendiri*haha
Iklan diakhir rancangan kejap : kot sesiapa yang baru nak daftar NUFFNANG tu..nak tau cara dia boleh baca entry lama tini..klik SINI
0 comments:
Post a Comment