Hati

Assalamualaikum kengkawan semua..


Lama betul tak update blog..ibarat satu ruang yang tini tinggalkan berhabuk bersawang semua la..


Banyak cerita dlm life tini yg tini skip utk update dkt sini..suka duka semua ada la..
Sekarang tini busy sikit..since dh start kerja lepas grad haritu..


Allahu..
Pedihnya hati ni..
Maaf..bukan niat nak mengeluh..cuma ambil nafas untuk legakan hati sekejap..
Dugaan demi dugaan datang..
Berdoa..setiap masa..

Tapi kadang-kadang tu rasa malu sangat nak tadah tangan mohon pada Tuhan supaya diperkuatkan hati ni..
Berdoa dimakbulkan sesuatu hajat..kerana apa..kerana dosa yg berkepul dlm diri ni buatkan tini malu nak menghadap Tuhan pinta itu ini..malunya..bodohnyaa..
Tapi tu la kan..Allah SWT Maha Pemurah..sikit pun Dia tak berkira utk beri apa yg tini mahukan..even though tini tak berdoa pun Dia dh beri macam-macam nikmat..nikmat tu satu ujian sebenarnya..agar kita tak lupa siapa diri kita..apa tujuan kita hidup dimuka bumi Allah ni..



Hati..biasa dikaitkan dengan cinta..
Cinta..pada manusia mahupun pencipta..


Cinta manusia..
Banyak tipu daya..bazir masa..sengsara jiwa raga..bazir air mata..
Dikejar sesuatu yang tak pasti..untuk kepuasan diri sendiri..
Lepas apa yang membuatkan tini gagal sebelum ni..tini nekad..tak mahu lagi jatuh ke lembah sengsara itu..
Jika benar ada yang ikhlas..jumpa kedua orang tuaku..kemudian barulah kita mengikat janji halal..bukan sekadar janji manis di awal perkenalan..hambar kemudian hari berganti tahun..






Cinta pada Pencipta..
Semolek-molek cinta di dunia..
Indah dengan bait-bait ayat yang telah berkurun lama bersemadi di dalam sebuah lembaran teragung..
Al-quran..disitu ada kata-kata pengubat rindu..penawar duka..pemanis kata sehingga menitis air mata dari ayat yang mengharukan jiwa..
Ma shaa Allah..
Disitu tak cukup kata cintaNya..
Di tambah lagi dengan nikmat udara..
kesihatan..
kebahagiaan..
kesempurnaan..
Keluarga..
Ibu ayah abang adik kakak..pelengkap kehidupan harian..
Banyaknya..tak cukup dengan lidah untuk diperkatakan..tak cukup dengan hati untuk merasainya..
Kita yang lupa..bahawa dunia ini sementara..


Mama selalu pesan pada tini..
Jika ingin mencari bahagia di dunia..
Biarlah dengan redhaNya..
Untuk bahagia..dugaan dulu yang menyapa..
Kita cuma perlu bersabar dan teruskan berdoa..

Cinta..
Kita kejar cinta Dia..
Dia datangkan seseorang yang kamu cintai dan dia cintai kamu..
Kemudian, sama- sama seiring membawa cinta kepadaNya..
Bersabarlah duhai jiwa.. 😊 

Kenangan Dibawa Pulang Dari University College Shahputra

Assalamualaikum semua..


Tengok tajuk je pun macam sendu sembilu je kan..nama pun kenangan lebih kurang sama maksudnya dengan sejarah la kan..macam biasa la..entry dengan ayat tak formal lah..santai-santai je la baca..moga terhibur.. entry ni mungkin panjang sikit tapi hopefully benda ni boleh bagi gambaran dan sikit sebanyak penghargaan kepada lecturer-lecturer dan kengkawan sekalian.

Daripada Abu Darda' r.a., katanya: 

"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."
"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."
"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air."
"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain."
"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali."


(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)


Pengalaman Masa Mula-mula Masuk Shahputra


First time masuk Shahputra, dari Kuala Lumpur membawa diri Kuantan memang agak gila sikit sebab sebelum ni tini langsung tak pernah jejak kaki kat Kuantan,.segala bentuk muka bumi kat Kuantan tu memang taktau langsung dan tak pernah Google2 pun cemana semua..main redah jela..tu pun niat nak belajar yang menggunung..banyak2 tempat belajar yang tini dapat offer..Kuantan jugak tini pilih..tu pun lepas dari dapat mimpi 3 hari berturut2 hasil daripada solat istikharah..dalam kepala ni dah set, "nanti masa belajar sana kompem banyak masalah, so pandai-pandailah hang jaga diri sendiri na tini." bisik kat diri sendiri.

18 JUN 2013 masuk Shahputra. Register segala bagai tengok hostel dapat kat bilik K13-202. Time ni semua orang tini tak kenal langsung..satu apakk pun tak kenal. Orang lain lagi la tak kenal tini..almaklum la tak pemes kateko..ready dah pergi hostel, mama babah bancik kak wani yang hantar tini kat Kuantan ni pun ready nak balik dah..masa ni la Allah nak uji tahap kepiluan tu..sedih baq hang tak payah ceghita..dulu duduk asrama time form 4 form 5  kt KL pun sedih..ni jauh lagi la sedih..tak kenal sesiapa pulak tu..time nak lambai-lambai mama babah semua balik tu nangis-nangis la jugak keluar hingus segala bagai..then time ni babah pesan "hang lepaihh ni pandai-pandai la berdikari na..kami jauh nak tengok-tengok hang..sakit-sakit apa tahan sikit la..kalau ada apa-apa bagitau kami..kami datang sini tengok hang..takdak duit nanti kami bank-in..hapai nomboq akaun hang..apa-apa nanti senang"

Lepas je mama babah balik KL..mujur tini tak nangis dah..boleh la start kemas-kemas barang dalam dorm..prepare la apa yang patut utk orientasi esok..time kat hostel ni..tini kenal la dengan kawan-kawan yang sangat happening dan gila-gila macam mak nenek..best dapat kenal dengan dorang..


Syafinas Salaam a.k.a. fynas = pelajar jurusan perniagaan UPM..mula-mula pemalu tapi lama-lama jadi banyak cakap tapi agak sedikit kental jiwanya so jangan suka suka nak usik dia..kalau tak nanti kena geletek. Dia jugak yang bagi tini gelaran Tuan Tanah Kedaung tu..almaklum la, ambil pun bidang hartanah kan..nak buat cemana..melekat nama tu sampai sekarang


Faradilla a.k.a. fara = retiss dia ni..banyak bakat dia ada..menyanyi, main gitar, main piano..semua tu celah gigi dia je..terel tak..haha..ambil jurusan masscom UITM..agak sempoi tapi blurr sikit dan berjiwa santai..dia ni hebat jugak dalam pelajaran..bagus fara ni..keep it up beb!!


Ezzatul Asya a.k.a zatul = Mak jemah sorang ni ambil course nursing UITM..lawa orangnya tapi sayang, hatinya sudah diambil orang..banyak cakap dia ni..kadang-kadang rasa nak celope je mulut dia ni..dia jugak banyak tolong tini masa tini sakit dulu..dia jaga tini..dah kata nurse kan..hikhik


Kak Dang a.k.a kak sha = satu-satunya kakak yang ambil degree kt dalam dorm tini masa ni jurusan HR UCSA..muka iras-iras Scha Alyaha..berjiwa tenang je tapi sampai part gila-gila dia, kita sendiri pun tak terbayang..lagi-lagi time kitorang main hantu-hantu kat dorm dulu..serammmm..hahahaha


Nirmala = satu-satunya student india kat dorm tini..ambil course pharmacy UCSA..dia pun jenis gila-gila jugak..boleh ngam dengan kitorang walaupun dia bangsa lain..


Diya Ayuni a.k.a kak ayu = dengar nama pun dah ayu..lagi pulak orangnya..lembut je..sekarang dia dah kahwin dah..ada sifat-sfat sporting dia bila dengar cerita adik-adik dia ni..kak ayu ambil course tourism UITM


Amira a.k.a adik = sama course dengan tini, hartanah jugak..mujur la ada geng masa ni..lega sikit..kenapa kitorang panggil dia adik..sebab dia macam adik-adik je sifat dia ni..tapi agak garang sikit..so jangan tersalah usik dia..tak pasal naya je..


Liya = Tak banyak cerita pasal liya sebab liya pindah duk luar..so kitorang kenal dia kejap jela










Habis cerita pasal hostel..cerita kat class pulak..

first day masuk class.. of coz kita bila jadi pelajar baru..kena perkenalkan diri..then kenal-kenal dengan lecturer, kawan-kawan baru..muka-muka baru..perangai-perangai yang baru..suasana baru..semua baru la senang cerita..masa ni benda paling mencabar adalah time nak cari class kat mana..bukan takat masa ni je..sampai habis sem pun tak boleh hafal class kat mana..banyak kali compius..hadehhh..sedihhh dengan diri sendiri.. ..part  ni paling perlu di fokuskan..lecturer-lecturer yang mengajar tini kat Shahputra

Subjek Utama

Miss Wardina (koordinator course hartanah sekarang) (Penasihat Akademik tini) (ajar subjek pengurusan harta tanah, penilaian gunaan dan penyenggaraan bangunan)

Puan Farah (ajar subjek teknologi bangunan, services, komputer, undang-undang pembangunan hartanah,ejensi)

Puan Fatimah (ajar subjek matematik penilaian, ekonomi tanah)

Puan Najibah (ajar subjek pengenalan undang-undang)

Puan Hazrin a.k.a Puan Reen (ajar subjek undang-undang harta tanah)

Encik Zaini (koordinator sebelum miss wardina)(ajar subjek statut, pengurusan projek)

Encik Syahril (ajar subjek pengenalan penilaian harta tanah, metodologi, pelaburan)

Encik Azizul (ajar subjek ilmu ukur, pembangunan harta tanah)



Subjek Awam

Madam Suzanna ( ajar subjek english sem 1)
Ustaz Nazri (ajar subjek institusi islam)
Mr Riclan (ajar subjek english sem 3)
Sir Adam (ajar subjek english sem 4)
Puan Azizah (ajar subjek etika profesional)
Ustazah Noranabilah (ajar subjek tasawwur islam)
Puan Hasmawati (ajar subjek statistik)
Puan Zakinah (ajar subjek keusahawanan)


Okay, habis part tu..biasanya nak harung setiap sem tu memang la perit sangat-sangat dalam pada duduk negeri orang, kita kena berdikari segala benda..assignment yang menggunung tu biasa dah la kan..tutorial lagi..exam..paling scary mary nya bila final..selalu kawan-kawan akan tanya
  "eh tini, kau dah berapa percent dah study" 
"ermm..aku pun taktau nak cakap la..50% kot..boleh la..tapi dah baca semua dah..cuma confident tu kurang la..takut la wehh.." 

Biasanya kalau kita nak study ni kita mesti tengok kawan-kawan kan..dia dah study banyak mana..tini pun macam tu jugak..tapi masalahnya tini ni jenis macam ni tau..

JENIS BILA ORANG TENGAH STUDY, TINI TIDUR..ORANG TIDUR..TINI STILL LAGI TIDUR..

Ni la masalah paling kritikal penyakit M tahap berapa taktau..kadang-kadang tu rasa la diri ni macam ntah apa-apa dah..tapi Alhamdulillah la Allah kurniakan tini ingatan yang baik..time panik-panik jawab exam tu boleh la jugak jawab..tapi time tini dengan kawan-kawan main jawab-jawab soalan tu..memang tini tak boleh nak ingat apa-apa la..blurr je..lagi-lagi time kejap lagi nak exam, dorang duk tanya-tanya apa maksud itu..apa maksud ini..memang semua tini tak boleh nak jawab..atas kertas redha jela apa yang terpacul di minda ni..cuma alhamdulillah setiap sem tahap pembelajaran makin okay walaupun penyakit M tu still melekat..selalu jugak la tini tanya kawan-kawan mana yang terel-terel tu untuk jawab soalan yang tini taktau..tukar-tukar jawapan..sama-sama share..okay la tu kan..

Ada jugak kadang-kadang tu kitorang study group..tapi bila study group tak sah kalau tak main jawab-jawab soalan..fida paling kuat daya ingatan dia..asal tanya dia je..sebijik dalam buku dia sebut..gila genius..tini ni banyak menganga je bila dorang tanya..zaty pun kadang-kadang pelik ..tini ni baca ke tidak..

Tini ni jenis tak suka menghafal..tapi tini lebih suka faham apa ke benda yang tini baca..kalau tini hafal..lima minit lepas tu langsung lupa hbis..kalau faham..nanti atas kertas jawab ikut kefahaman..dia bila kita faham, lagi senang nak explain dalam kertas..sebab soalan tu tak menentu..banyak dia akan trick..pusing sikit je kita dah gabra tak boleh jawab..that why la kita kena faham..jangan risau..lecturer2 harta tanah ni semua sangat2 berhati terbuka bila student datang jumpa dorang untuk tanya apa-apa yang tak faham time dalam class..so better jangan sombong la untuk berjumpa dengan lecturer..


Korang-korang kalau jenis dapat assignment yang kena pergi keluar site..inspection bagai ni..mesti kena expert bab-bab jalan..tak tau jalan pun korang kena pandai kawal emosi la..kot-kot sesat time nak cari jalan tu..jangan panik..lepas tu kena ramah sikit bila pergi inspection sebab kita akan berkomunikasi dengan ramai orang..yedak..muka manehh la sikit time nak communicate tu..baru la orang boleh bagi kerjasama dengan kita..


Kenangan-kenangan time inspection memang tak boleh lupa la..part salah drive kat jalan yang bertentangan arah..sesat merata hala..lagi-lagi jasa-jasa orang yang banyak tolong kitorang jayakan assignment kitorang ni..contohnya Encik Kamal, Encik Abdah, Encik Zamily Nur dan lain-lain..tak kerjasama yang dorang bagi untuk kitorang explore pasal site semua tiptop..lecturer-lecturer of coz akan tolong student untuk persembahkan hasil kerja yang terbaik..asal student masing-masing boleh tolong diri sendiri untuk berjaya..sure esok2 akan dapat hasilnya..


Okay la..cukup takat ni je la kenangan di Shahputra..nanti next entri tini update Berakhirnya Sebuah Cerita di Shahputra (acah-acah tajuk novel je tini ni..lantak deme lahh)

















Solat Itu Tiang Agama

Assalamualaikum warga blogger dan pembaca-pembaca sekalian..entry tini kali ni akan lebih kepada agama Islam..jadinya, cara olahan bahasa tu dihalus mulus quduskan sedikit daripada sebelum ni yang mana agak sempoi mempoi je kan..biarlah entry tini kali ni dapat menyentuh hati pembaca agar sama-sama kita dapat muhasabah dan mentarbiyahkan diri sesama kita ye..segala apa yang tini tulis ni adalah untuk diri tini jugak sebabnya tini masih lagi jahil tentang agama dan perlu banyak lagi untuk belajar..jadinya, sama-samalah kita ingat mengingati..kita buat, kita dapat..in shaa Allah..


SOLAT ITU TIANG AGAMA..


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..

Sememangnya kita sebagai orang Islam ni dah lama tau dah yang solat tu lah paling wajib kita lakukan setiap hari..solat tu jugaklah perkara pertama yang akan disoal di akhirat nanti..tapinya, kalau sahabat-sahabat nak tau, kat Malaysia ni, hanya 20% je umat Islam yang solat penuh 5 waktu sehari semalam..80% lagi kejap penuh, kejap tidak..mungkin ramai yang sedar diri masing-masing tak jaga solat dan berusaha untuk penuhkan solat tu tapi selalu gagal disebabkan terlalu banyak perkara yang dijadikan alasan untuk tak solat..


Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan allah, pengakuan bahawa nabi muhammad itu rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.”(Hadis sahih Muslim)

Surah Al-Baqarah ayat 43, 44 dan 45




Tini dapat petik satu cerita masa tini sekolah dulu, ada ustazah ni cerita kat tini, sebab-sebab kenapa manusia selalu tinggal solat..kebiasaannya manusia ni ada sifat yang jenis senang sangat mengikut perangai orang..mudah terpengaruh..bila kita nak lakukan sesuatu, kita mesti tengok orang dulu, dia buat ke tidak..tak kira la sama ada perkara baik atau sebaliknya..macam kalau kita duduk dalam kelompok yang mengamalkan ilmu agama, kita jugak akan terikut-ikut untuk mengamalkannya..kalau kita duduk dalam kelompok yang kuat bersosial, begitu jugak kita kan..sebabnya kita taknak rasa terasing dari orang lain..tapi benda ni tengok orang jugak..semua tu ikut hati masing-masing untuk pilih jalan yang mana..tapi tak bermakna kalau kita solat sebab orang lain solat, dan merasa kalau kita tak solat nanti dorang mengata atau cakap yang tak baik pasal kita..bukan macam tu cara dia..kita ikut orang solat bukan sebab orang, tapi solat untuk mengikhlaskan hati dan sebagai langkah pertama untuk kita berhijrah dan cuba untuk melaksanakan perintah Allah SWT dengan sempurna..bila solat kita jaga tak kira lah dekat mana pun kita pergi, dengan siapa pun kita jumpa..in shaa Allah, yang lain-lain pun kita akan terjaga contohnya macam aurat, percakapan dan keperibadian kita..

Ada orang cakap, “dia tengok kawan dia ni solat penuh 5 waktu tapi keperibadian dia tak melambangkan dia tu solat 5 waktu pun”..haaa..kat sini kita kena berhati-hati..jangan salah tafsir ye korang..kita tak boleh judge orang sesuka hati..tak baik tau..sebaik-baik hakim adalah Allah SWT..tapi, kita boleh berfikir dan muhasabah diri kita..kenapa keperibadian tu masih tak macam yang sepatutnya, mungkin solat kita tak sempurna..dari segi kita ambil wudhuk kot ada yang terlajak laris sangat, silap-silap sikit tu main tibai je..bacaan dalam solat kena perbetulkan..pensyarah tini ada pesan, dalam solat bacaan Al-Fatihah dan tahiyyat akhir kena betul sebetul-betulnya..dari segi panjang harakat dia,.sebutan dia kena betul..bacaan Al-Fatihah pulak sebaik-baiknya bila kita baca tu, kita dapat dengar bacaan kita..tak perlu kuat sangat pun takpe..asalkan kita dengan bacaan kita tu..tak sah solat kita kalau kita baca dalam hati tau..wallahualam..Allah sahaja yang mengetahui..


Tak salah kalau kita nak tanya orang..tanya macam mana bacaan yang betul..cara ambik wudhuk yang paling afdal dan yang seangkatan dengannya..hari demi hari kan kita dapat perbaiki solat kita..dan akhirnya kita dapat mencapai tahap kusyuk dalam solat..seronoknyaaa..

Jika seseorang wanita itu menjaga solatnya maka maruahnya juga akan terjaga..in shaa Allah 



Orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat akan merasa bahawa solat itu adalah satu perkara yang mudah dan senang sekali untuk dikerjakan, berbanding dengan sikap orang-orang yang berjiwa kotor serta keji, yang mana akan merasakan begitu sukar dan amat susah sekali untuk melakukan ibadat solat, seolah-olah ibadat solat itu menjadi beban kepada kehidupan mereka, bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipudaya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riya' (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka oleh orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah SWT (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).”

Jadinya, kita sebagai umat islam ni haruslah menjaga solat kerana kekuatan kita sebagai umat islam adalah bermula dengan solat..pesanan ni semua bukan untuk kengkorang semua je..tapi untuk diri tini jugak..sambil-sambil kita mengingatkan orang, kita akan ingatkan diri kita jugak..manusia ni tak lari dari kesilapan..mana yang boleh kita ubah, kita improve..go on la..as long as kita tau iakan bagus untuk amal ibadat kita..selangkah demi selangkah kita boleh cuba untuk berusaha untuk mendekati Islam..jadinya, sama-samalah kita muhasabah dan mentarbiyah diri kita hari demi hari..okay sahabat-sahabat..Assalamualaikum.. *sengih*

~Inspirasi dari Ustazah Rohana, Encik Mazlan (penyelaras UTM), dan Ustaz Kazim Elias..



Allah..


"Allah does not burden a soul beyond that it can  bear..." (Surah al-Baqarah:286)