Saje Nak Kongsi..

Assalamualaikum..

First of all tini nak bagitau kat awak-awak semua entry kali ni apa cerita yang tini cuba nak sampaikan..tini nak cerita pasal pengalaman tini selama tini hidup 20 tahun ni la..
Tapi satu halnya nak mengaku..memang berabad sebenarnya nak tunggu tini update blog kan..ada jugak kawan-kawan yang very very busy body tanya-tanya tini bila nak update blog..apa cerita tini sekarang..belajar macam mana..tini dengan aneb pun macam mana semua bla bla bla..sangat banyak la yang tanya..tak sangka ada pembaca setia eh..ingatkan takde orang langsung nak jenguk blog tini yang tak seberapa ni..lain la macam blog Irine Nadia tu..entry semua menarik je..daripada dia lepasan SPM sampai dah dapat anak dah sekarang ni..entry dia tak pernah bosan..tini suka tengok blog dia..dia pandai bercerita..pandai buat ayat..dan banyak jugak masa dia nak update blog eh..tini ni terlalu banyak kerja kalah PM kau..haha..banyak assignment..so time class start, tini fokus utk study jela..ada je terasa nak update blog tapi nak buat macam mana..asal nak bukak blog je kepala otak ni dah fikir keluar peta minda..kecinggg..kecinggg..

“Alamak tini..asignment kau tu bertimbun lagi kau nak update blog pulak..pergi siapkan kerja la woii”
“esok kau ada class pagi kan..tidur sekarang..nanti esok tak bermaya masuk class pulak”
“hey tini..jangan bukak blog..jangan bersenang lenang..nanti orang cakap kau tu pemalas..kerja banyak tapi sempat lagi nak update blog..”

Dan sebagainya la..
Haa..nampak tak..betapa tini diganggu oleh anasir-anasir  sembilu..
But now on tini dah free se free freenya..haa..ambik kau..betul punya free tu..tini cuti sem 3 bulan..so ada la masa nak merepek dekat blog ni..

So..fokus pada cerita asal tini..kurang dari sebulan umur tini genap 20 tahun toqq..dan sepanjang-panjang umur tini tu lah macam-macam dugaan dan nikmat hidup yang tini lalui..tapi itu barulah namanya hidup..ada dugaan..ada nikmat..sebati..takde dugaan bukan hidup namanya..lagi satu syukur jugak lah walaupun dugaan yang tini hadap selama ni pun banyak ajar tini pasal ragam manusia yang macam-macam..dalam masa yang sama tini dapat fikir secara matang macam mana nak selesaikan masalah dan macam mana nak elakkan masalah tu timbulkan stress..

Okay lah..jujur tini cakap..dugaan dari tini kecil sampai ke besar badak ni kebanyakkannya pasal kawan..dari zaman sekolah rendah sampai ke sekolah menengah dan sampailah ke IPT..babah cakap..itu lumrah..tak semua orang boleh ngam dengan kita..tak semua orang suka dengan perangai kita..tini taknak la kot cerita panjang dekat sini pasal hal kawan sebab tini taknak aibkan sesiapa ataupun ungkit isu lama..tini dah tak ambil kisah sangat hal tu sebenarnya..apa jadi  pun tini abaikan jela..mungkin salahnya datangnya dari tini jugak..nak bertindak pun takut jadi lebih teruk..susah nak jaga perasaan orang..walaupun kita dah rasa kita ni dah jaga perasaan orang tu, kalau orang tu rasa tak boleh ngam dengan kita..satu hari kita tetap akan diherdik atau ditindas jugak..takpe la..tini nak kritik orang pun tini bukannya baik mana..manusia tiada yang sempurna..tapi apa-apa pun..benda yang paling menyakitkan dan menyedihkan hati tini bila keluarga tini sendiri jadi mangsa herdik disebabkan hal yang ciput besar tungau je pun..nak kata taknak maafkan orang tu pun tak boleh sebab benda dah bertahun-tahun berlalu pun..tini taknak simpan dendam..Cuma mampu berdoa supaya dia tak buat kat orang lain macam tu jugak..

Sahabat-sahabatku sekalian..
Janganlah kita menyakiti hati orang lain kalau kita taknak hati kita disakiti..jika tersalah kata atau apa..bersegeralah untuk meminta maaf..sebabnya kita taktau bila nafas kita akan berakhir..takut-takut tak sempat nak mintak maaf..diakhirat kelak dia akan cari kita untuk tuntut bela..so..janganlah kita menyusahkan diri kita diakhirat kelak..

Seperkara lagi..kalau kita dah mintak maaf dekat orang tu..tapi disebabkan ego dia tinggi macam gunung everest tu..dia taknak maafkan..sudah memadai sekiranya kita meminta maaf..nak maafkan atau tidak itu terpulang pada dia..ego tinggi sangat siapa suruh..sedangkan Rasullullah s.a.w. pun ampunkan umat..kenapa tidak kita..so jangan rasa hebat sangat ye..maafkanlah saudara sesama islam kita..
Korang-korang sekalian mesti pernah kan terimbau kenangan-kenangan korang zaman-zaman sekolah dulu..lepas tu mula la korang nak selak-selak balik majalah sekolah yang dah berhabuk semua tu..tini pun macam tu jugak lah..so kira kita serupa la ni..

Sebenarnya, bila tini tengok balik gambar-gambar tini yang lepas-lepas..kira gambar zaman muda-muda dulu la kan *cewahh..bajet macam dah tua sangat tini ni* sebenarnya sedih jugak tengok zaman jahil tini dulu..malu jugak bila tengok diri sendiri macam tu..tu la dia..selalu sangat cakap dekat diri sendiri “walaupun aku tak bertudung tapi hati aku baik” baik la sangat kan..bila dah besar sikit ni baru la sedar banyak perkara wajib tini tak buat..sebabnya tak pernah nak ingatkan diri ni pasal ajal dan maut tu di tangan Tuhan..boleh jadi kejap lagi je kita akan mati..setiap hari malaikat maut akan menjenguk kita sebanyak 70 kali..boleh jadi suatu hari nanti korang akan dengar suara berbisik dekat telinga korang cakap macam ni “ini solatmu yang terakhir”  itu kalau korang solat..kalau korang tak solat pulak macam mana?

So apa-apa pun korang kena lah selalu ingatkan diri korang tu..waktu kita hidup ni..beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari dan saat kamu mencari rezeki, carilah seolah-olah kamu ingin menongkat langit..so kiranya bila beribadah tu, buat sungguh-sungguh..macam tu jugak dengan mencari rezeki..mesti buat sungguh-sungguh jugak..


Okaylah itu je nak cakap..lain kali kita story mory lagi ye..in shaa Allah..InnAllahama'ana..

0 comments: